salam...pagi ni aku rasa aku la paling malang dan xde mood...bayangkan aku kene tunggu bas hampir sejam setengah...nila dugaan.time aku x gi kelas,bas pnya la menari2 depan aku..bila aku nak gi,1 pon susah nak dapat..aku da pnat gler tggu,last2 aku duduk je tepi jalan tu..haha...klaka dowh...org sume pandang je...lantak la...aku da pnat,kpala sakit,perut sebu...ade korang kisah?marah ni....adoiyai....ade aku tukar profesion jadi driver bus kang...!!!em...sgt mencabar kan...haha...skang ni aku kat kelas training...last day...pasni da x jmpe ngan trainer kuhen lagi...trainer yg best n byk gler input blaja ngan dia...klah...smpai sini dulu ye....jmpe lagi...
doa untuk kekasih...
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
segamat in my memory....
reunion cs 220
tamat dah....
salam kepada semua pembaca...hari ni aku kembali mencuba mencatatkan sesuatu di blog yg telah sekian lama aku tinggalkan...sekarang ini aku sedang mengikuti kursus di shah alam..agak memenatkan tapi aku happy...terlalu banyak yg ingin aku coretkan disini smpai xtau di mana sebenarnya aku harus bermula...oklah...aku mulakan dengan kehidupanku sebagai pelajar...kelmarin aku baru dapat tau yg result da kuar..alhamdulilah...akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian ijazah ku...walaupun ntah bape ratus kali aku rasakan yg aku da give up,tapi dengan rahmat dari yg Esa dan berkat sokongan org2 yag aku syg...aku berjaya mengharungi smua cabaran..hanya DIA yg mengerti perasaanku...dan ake sedar bahawa sesungguhnya rahmatNYA tiada sempadan..walau telah berulang kali aku memungkiri janjiku padaNYA,tidak pernah sekalipun DIA membenci pada hambaNYA yg hina ini...terima kasih Ya Allah...isk..sebak pula rasanya..em ok..seterusnya citer pasal kerja..skarang ni aku masih belum ada rezeki...so aku decide utk mengikuti training2 yg ade smbil2 memohon kerja...aku harap dengan adenya blog ni,aku dapat meluahkan isihati aku yg x bape menarik utk dikongsi...hehe...smpai sini dulu...bye...